BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBINAAN

Wakaf Kita


ShoutMix chat widget

AJK & Tenaga Penggerak Surau

Penaung: Hj.Awang Jusoh

Penasihat: Hj.Hanafiah Ramli

Pengerusi: Dr.Alias Ab.Rahman

Bendahari: Hj.Ismail

Ajk: Cik Gu Ismail 

Ajk: Cik Wan Ab.Ghani Wan Yusof

Ajk: Ayah Ku

Ajk: Ab.Razak

Ajk: Nik A.Kadir Nik Kob

Ajk: Muhammad Mohd Yusof

Ajk: Omar Mohamad

Imam: Ustaz Yahya

Imam: Ustaz Kamaruddin

































Widget

Tuesday, November 16, 2010

"Keadilan Kepimpinan Kita"

Pemimpin yang adil ibarat bayang-bayang Tuhan, sebab pengambilan kata adil sendiri berasal dari salah satu nama Allah SWT,  iaitu Al-Adlu (Allah Yang Maha adil). Adil bermakna menempatkan sesuatu pada tempatnya secara profesional dan tepat.
Berlawanan dengan  adil adalah zalim, yaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempat yang betul. Allah SWT telah mengharamkan sifat dan perilaku zalim atas diri-Nya, dan ia juga diharamkan atas diri hamba-hamba-Nya. Katalaku adil akan menciptakan kesejahteraan untuk rakyat. Sebegitulah kalau zalim ia  akan melahirkan huruhara, musibah, dan malapetaka.

Dalam hadis Qudsi-Nya Allah berfirman, "Sesungguhnya aku telah mangharamkan zalim itu ke atas diri-Ku, dan telah Aku melarang perbuatan zalim di antara kamu itu sesuatu yang diharamkan, kerana janganlah kamu melakukan perbuatan zalim.''

Dalam sebuah hadis juga diriwayatkan, ada tiga doa yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yakni:  doa orang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil, dan doa orang yang dizalimi. Mengapa  doa pemimpin yang adil itu sangat mudah dikabulkan? Kerana di kepalanya terletak berbagai pengharapan dan hajat seluruh rakyat yang lain.

Rasulullah SAW bersabda, "Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan perlindungan Allah, pada hari kiamat nanti, tidak ada perlindungan sesiapa pun kecuali perlindungan-Nya." Di antara tujuh golongan yang kelak akan mendapatkan jaminan perlindungan-Nya adalah  "pemimpin yang adil".

Dalam sebuah riwayat juga disebutkan bahwa pemimpin yang adil kelak akan disandingkan di dalam syurga bersama para nabi dan rasul, syuhada, dan  siddiqin dan orang-orang soleh.

Lalu bagaimana jika seorang pemimpin memang pengkianat? Rasulullah bersabda, "Barang siapa yang diangkat oleh Allah untuk memimpin suatu urusan rakyatnya, kemudian ia meninggal dunia, di mana saat ia meninggal dunia ia telah melakukan perbuatan kianat kepada rakyatnya, maka tiada lain kecuali telah Allah haramkan baginya masuk syurga.'' – susunan mjr ref: Budi Raharjo

Wednesday, August 25, 2010

Hari majlis berbuka puasa

Pada 21 ogos lalu pihak surau Hj. Ab.Rahman Limbong Kemaman telah mengadakan majlis sambutan berbuka puasa, majlis itu yang jatuh pada 11 ramadhan dihadiri oleh para jemaah harian dan masyarakat setempat khusus nya.

6 buah kanopi telah disediakan, lebihkurang jam 6 petang para hadirin mula memenuhi tempat duduk yg disediakan. AJK surau yang juga merupakan jawatankuasa sambutan turut membantu beberapa penyediaan akhir di nmajlis berbuka itu.

Penasihat Surau Haji Hanafiah Ramli dan Pengerusi surau Haji Alias Ab.Rahman turut hadir. Lebihkurang pukul 6.40 petang Ust.Yahya dan Cik Gu Wan membaca al Quran sehinggalah jam 7.22 petang dan Cik Gu Wan mengalunkan azan serta masuklah waktu berbuka puasa bagi daerah Kemaman.

Para tetamu dihidangkan dengan nasi minyak, laukpauk, kueh mueh dan air minuman, turut juga disediakan airminuman botol tapisan dan buah duku.

Bolehlah dianggap ramai para hadirin yg datang, Cuma dibahagian muslimah saja yang tidak memenuhi kesemua tempat duduk.

Majlis ini juga merupakan majlis tahunan bagi surau ini dan semoga dapat menambahkan lagi ukhwah antara para jemaah yg selalu datang untuk menunaikan sembahyang sesame mereka, serta dapat memberikan kerjasama mengimarahkan lagi susasana keceriaan surau.

Kepada semua AJK sambutan dan para penderma yg memberi sumbangan, pihak surau mengucapkan berbanyak terimakasih, semoga mendapat pembalasan yg baik dari Allah.

Jazakallah hu khairan, “sujud pada yang satu”

Thursday, August 19, 2010

Ibadat puasa mencernakan kehidupan insan

Makanan yang masuk ke dalam perut kita, tidaklah masuk begitu saja, walaupun sudah dikunyah terlebih dahulu di mulut. Ia mengalami proses yang lama, rumit, dan memerlukan waktu yang beberapa jam. Perut kita memerlukan waktu sekurang kurang nya enam jam untuk menghancurkan makanan sampai halus. 

Setelah itu, makanan ini dihantar ke usus halus sedikit demi sedikit, sampai akhirnya perut kita benar-benar kosong. Di dalam usus halus, makanan mengalami proses penghancuran lagi selama kurang lebih 4 jam sehingga makanan ini benar-benar boleh diserap oleh darah. Itu artinya, sejak masuk ke dalam mulut, sampai makanan itu diserap oleh darah, memerlukan waktu lebih kurang 10 jam.

Subhanallah, itulah sebabnya mengapa Rasulullah SAW selalu mengunyah makanan sampai hancur halus makanan yang masuk ke dalam mulutnya. Hal itu bertujuan untuk meringankan kerja system perut dan organ-organ melumatkan makanan lainnya.

Melihat kerja organ-organ penghancuran makanan yang demikian, kita patut bersyukur, Allah SWT mewajibkan kita berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Dengan kewajiban itu, seakan-akan Allah "mewajibkan" kita tetap sehat. Sebab, selama kurang lebih 15 jam kita puasa, organ-organ ini akan mendapat rehat secara menyeluruh, kurang lebih lima jam.

Puasa yang dilaksanakan secara betul dan baik, tidak hanya akan menyehatkan organ-organ pencernaan, tetapi juga sistem syaraf pusat, menormalkan metabolis tubuh, membuang racun dan zat-zat kimia yang bisa membahayakan tubuh, serta menghilangkan lemak yang tidak diperlukan.

Hanya yang perlu diperhatikan adalah setiap mukmin hendaknya tetap menjaga dan mengendalikan nafsu makan saat berbuka dan sahur. Sebab, setelah 15 jam perut tidak dimasukan makanan, lalu secara tiba-tiba dibebani tugas berat, akibatnya boleh membahayakan badan kita.

Ketika waktu berbuka tiba, segeralah berbuka, terutama dengan yang manis-manis. Tapi, jangan berlebihan, yang penting sudah cukup menghilangkan haus agar saat solat maghrib tidak menjadi rasa malas untuk kita tunaikan.. Bila ingin makan banyak, setelah tarawih. Itu pun tetap jangan berlebihan. Karena, setelah itu kita tidur dan beberapa jam kemudian makan sahur. Untuk ingatan kita lagi, sahur itu, meskipun hanya dengan seteguk air, harus tetap dilaksanakan karena di dalamnya ada keberkahan. (Hadith Riwayat Khuzaimah).

Bagi yang tidak selalu olahraga sebagai rutin dan teratur, sebaiknya jangan memaksakan diri berolahraga saat sedang berpuasa, kecuali sekadarnya. Olahraga yang baik adalah berjalan kaki, untuk membakar kalori. Tak perlu lama, cukup sampai berkeringat.

Tapi, sesungguhnya, solat tarawih yang kita laksanakan boleh menjadi sumber latihan bagi tubuh dan tulang asalkan tidak tergesa-gesa dilaksanakan. Santai saja. Dengan itu tubuh kita mampu merasakan gerak yang baik dan tulang mengalami tekanan, kemampatan, dan ketegangan yang boleh memlancarkan  perjalanan darah. Wallahu a'lam. - Ref:repukblika/bumirel


Thursday, August 12, 2010

Antara dalil perlu nya sembahyang tarawaih


Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.”

Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai.

 Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan. - w/p

Wednesday, August 11, 2010

majlis berbuka puasa 1431 hijrah



Sepertimana ditahun tahun lepas, tahun ini pihak surau Tuan Hj.Ab.Rahman Limbong Kemaman juga terus dapat mengadakan majlis berbuka puasa, insya Allah.

Demi memuliakan ramadhan al mubaraq pihak surau akan mengadakan majlis tersebut pada 21/8/2010 bersamaan dengan 11 ramadhan 1431 ini. Di antara aturcara majlis berbuka ini pihak kami turut mengadakan pembacaan al quran dan selepas majlis berbuka dijemput semua para hadirin untuk menunaikan sembahyang maghrib bersama sama.

Dari itu pihak kami juga menjemput para muslimin dan muslimat ke majlis berbuka ini nanti, terumatanya kepada para penduduk berdekatan dan kepada mereka yang sering berjemaah disurau ini saban hari. Begitu juga kepada para peniaga dan pekerja pekerja di beberapa pusat perniagaan yg berhampiran seperti Kemaman Center Point dan Casa Limbong.

Majlis berbuka puasa ini juga merupakan salah satu acara tahunan bagi surau ini dan pihak surau turut mengadakan beberapa kuliah semasa serta termasuklah kuliah bulanan untuk muslimat oleh Ustaz Azhar Idrus.

Sebelum itu semua para AJK dan petugas petugas surau Hj.Ab.Rahman Limbong mengucapkan selamat berpuasa kepada semua para muslimin khusus nya di daerah Kemaman ini. - matjejakrasul

 

Pink Girlz Blogger Template | Blogger Clicks Design